"Jafri,ni suma salah faham ni,aku tak bermesra pun dengan Azura.Waktu tu aku terlanggar dia,dan yang gelak-gelak tu bukan mesra,aku gelak sebab.."."Ahh...tak payah banyak songehlah..Aku nak bagi peringatan kat kau.Aku dengan Azura dah lama berdua tau,hubungan kami elok je,sampailah kau masuk campur!!Ni last warning...jangan dekat dengan dia lagi...kalau tak..",Jafri memberhentikan percakapannya sambil mengepal penumbuk seraya menyambung"...nahas kau !!".
Cemburu buta...apsal nak tuduh aku bukan-bukan takda bukti pun yang dia nak tuduh aku***
"Rizman !!..Rizman !!..tunggu.!!"laung Azura dari belakang.Rizman menoleh dan melihat Azura berlari-lari menujunya.Waktu persekolahan sudah tamat."Aku dengar kau ada tikam lidah dengan Jafri.."."Azura,lebih baik awak jangan rapat dengan saya lagi,kalau tak Jafri.."."PEDULIKANLAH SI BERUK TU !!Apa dia ada kuasa ke nak tabuh awak macam-macam.Awak dengar saya cakap,Rizman.Jangan fikir saya ada hati dengan BERUK macam tu,dia yang terhegeh-hegeh nakkan aku,Rizman.Aku tak hingin pun dengan BERUK macam tu,"."Habis tu kenapa awak dengan Jafri macam couple pun saya tengok?"."Jangan fikir lebih Rizman.Saya tak pernah pun nak suka kat dia.Saya terpaksalah berbaik sebab nak jaga nama baik diri dan keluarga saya,"."Kenapa?"."Dulu keluarga saya miskin.Ayah saya seorang pegawai bank.Akibat krisis kewangan dulu,ayah saya terpaksa dibuang.Namun berkat budi baik ayah Jafri,ayah saya dapat kerja semula.Memang saya amat puji dan bersyukur akan keikhlasan dan budi baik ayah Jafri tu,tapi saya tak akan pernah anggap Jafri tu seperti ayahnya.Memandangkan dia menetap di asrama,pengawalan ibu bapanya terhadapnya longgar.Tu la pasal si Jafri asyik bermegah-megah di sekolah dan sanggup mengugut saya jadi temannya!"celoteh Azura.
Terkedu Rizman dibuatnya.Masakan tidak Azura yang dilihat sebagai sweet couple dengan Jafri rupa-rupanya menyimpan lurah dendam tak terhingga."Lebih baik awak lapor kepada ayah si Jafri tu,saya rasa tentu masalah awak akan selesai,"."Saya memang nak cuba beritahu parents dia tapi awak tahu sahajalah,SI BERUK TU PENGELAT !! ada-adalah nanti dia reka cerita.Ingat tak macam mana Yatim kena buang sekolah?Si BERUK tulah puncanya.Sebenarnya Yatim yang beritahu sendiri,dia tak seludup pun dadah,tapi disebabkan fitnah Jafrilah,dia dibuang,".Rizman segera teringat peristiwa dua tahun lepas,Yatim dibuang sekolah kerana didakwa seludup dadah.Jenis apa tidak pula dia tahu.Tapi tak sangka rupanya si Jafrilah dalang di sebalik semua tu.
"Saya nak minta tolong awaklah,simpan rahsia ni.Anggap saya tak pernah cakap pun kat awak.Kalau si Jafri tau,nahas awak dan saya jugak !!,"sedu Azura."Insya-allah...saya simpan rahsia ni.Tapi saya nasihatkan supaya awak ambik langkah drastik.Saya tak mahu perkara ni ganggu kehidupan pemelajaran awak seharian,"."Saya pun tak mahu hidup macam ni lagi.Lagipun saya pengawas.Tak eloklah tengok pengawas couple.Insya-allah saya akan cuba cari jalan keluar dengan cara lebih baik.Saya harap BERUK tu jumpa MONYET BETINA baru !!,"luah Azura.
***
Manusia yang berjaya ialah orang biasa yang berfikir secara luar biasaRizman sedang menghabiskan pembacaan novel Azfa Hanani petang itu.Esok ada ujian,jadi dia perlu bersiap sedia.Di samping membaca,dia menitipkan beberapa nota-nota penting agar pembacaannya tidak sia-sia.Peristiwa luahan hati Azura harus segera dipadamnya ketika itu.Sudah pasti dia tidak mahu emosi mempengaruhi pemikirannya.Lagipun,itu bukan sebenar-benarnya masalah dia.
Jam menunjukkan pukul 10.00 malam.Rizman masih membaca baki dua muka surat novel itu.Dia begitu suka dengan jalan ceritanya.Azfa Hanani berjaya mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.Dia tidak cepat putus asa dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.Kadang-kadang dia berfikir,alangkah bagus jika Azura pun seperti Azfa Hanani,mencari jalan penyelesaian tanpa mengharapkan bantuan lain.Dia tahu Azura mampu menghadapi masalah ini dengan tenang.
BERUK???Rizman ketawa riang.
P.H.S.P 2
No comments:
Post a Comment