Tuesday, March 22, 2011

Perjalanan Hidup Seorang Pelajar 2

   Kelihatan novel Azfa Hanani terletak di atas meja.Rizman yang masih belum memulakan pembacaan terhadap novel itu,masih menerawang ke langit kelasnya.Memang niatnya untuk memulakan novel tersebut,tapi entahlah terasa malaslah pula hendak membaca novel tersebut walaupun ianya hanya nipis.

"Kau dah buat kerja sekolah yang cikgu Fasha bagi?"tanya Azham,serentak mematikan lamunannya yang entah apa-apa."Kerja??Kerja apa?","Modul la...Cikgu suruh siapkan bab 1,kena hantar hari ini,"jawab Azham selamba.Sudah.Rizman yang kaget tadinya kembali seram.Dia masih belum menyiapkan modul Fizik tersebut.Siapa yang tidak kenal Cikgu Fasha.Memang ketegasannya tinggi.Dia juga salah seorang guru disiplin di sekolah tersebut,memang sesuailah dengan perwatakannya yang disifatkan sebagai bengis dalam kalangan pelajar.

    "Kau dah buat ke?"tanya Rizman."Belum,kau tak nampak ni aku tengah kalut dok buat,ingat nk tegur kau awal-awal lagi,tapi tengok kau macam selamba je,"jawab Azham.Segera dia teringatkan waktu Fizik.Fizik akan bermula dalam 10 minit lagi.Kalau nak buat sekarang,pasti tidak sempat.Bukan sedikit modul yang perlu dihabiskan,banyak juga !
Pasrah ajelah..salah aku jugak.Nak buat dah tak dan.
   Dia bertanya Syazif pula."Aku tak siap jugak",.Lega hati Rizman,nampaknya dia tak keseorangan andai dia akan didenda nanti."Tapi nanti aku balik,sekarang dok tengah berkemas,aku ada perlawanan hoki,jadi aku tak perlulah hantar modul tu,".Oh tidak !! Harapan untuk bersama didenda musnah bagai runtuhnya Highland Towers.

   "TAK SIAP ??? DAH BERAPA HARI SAYA SURUH SIAPKAN !! JAWAB !!"jerkah cikgu Fasha.Rupa-rupanya bukan dia sahaja yang belum menyiapkan kerja sekolah tersebut.Ramai juga yang masih belum siapkan,majoritinya lelaki.
"SEKARANG,AMBIK  KAD NI SORANG SATU,PAKAI PASTU JALAN SATU BLOK NI,BIAR SEMUA ORANG NAMPAK !!"seloroh cikgu Fasha sambil mengeluarkan beberapa keping kad berukuran 30 cm x 13 cm itu.Di atasnya tertulis "SAYA TAK SIAP KERJA SEKOLAH.TOLONG GELAKKAN SAYA".
AH !!! Apa ni cikgu !! Malulah aku...
 Mahu tak mahu,mereka yang seramai 7 orang itu terpaksa memakai kad tersebut.Maka bermulalah perjalanan mereka ke seluruh kelas di blok Cahaya yang menempatkan kelas tingkatan 4 dan 5."Nasib baik blok ni saja.Mau satu sekolah,aku pindah !"bisik Afiq.Rizman yang sedari tadi membisu cuba tertawa kecil,namun apakan daya,malu lebih menguasai diri.Lepas satu kelas ke satu kelas hilaian tawa boleh kedengaran."Ahh ..malunya aku !!"getus Rizman.Kini dia ketinggalan di belakang kumpulan rakan-rakannya yang lain.

      Tanpa diduga,dia terlanggar dengan seorang pelajar.Rizman melangutkan kepalanya yang tadi tunduk ke atas seraya meminta maaf,"Maaf,saya tak sengaja"."Tak apa,bukan salah awak,"kata suara tersebut.Rupa-rupanya Azura yang dilanggarinya."Apa dah jadi,sampai pakai macam tu sekali?"soal Azura apabila melihat terpampang perkataan memalukan itu di atas dirinya."Tak siap kerja sekolah,"ringkas menjawab.Mukanya mula malu-malu kemerahan.Namun bukan malu disebabkan terpaksa memakai benda memalukan itu.Satu perasaan yang aneh menyelebungi dirinya.Apa dia?

       Hatinya senang kemudian,walaupun dirinya sudah dimalukan oleh semua penghuni blok Cahaya.

                                                                                   ***

   "Rizman,Jafri panggil.."beritahu Syazif."Nak apa?"."Tak taula,waktu aku pi jumpa member hoki kat kelas dia,dia suruh kau jumpa dia sekarang,".
Nak apa si Jafri ni?Aku ada buat salah ke??
    Sesampainya dia di kelas Akaun 1,dia melihat ada seorang cikgu sedang mengajar.Si Jafri yang sudah nampak Rizman di luar segera meminta izin untuk keluar.

    "Aku nak bagitau satu benda saja.Jangan kau cuba lawan aku.Aku tak suka kau cuba baik-baik dengan dia !!"bisik Jafri namun keras kedengaran.

   Rizman tertanya-tanya apa yang dia hendak marahkan.Siapa 'dia'?Dia ingin melanjutkan pertanyaan tersebut,namun Jafri sudah masuk ke kelasnya,Rizman berjalan pulang ke kelasnya dengan hati yang tertanya-tanya.Siapa 'dia'??

-P.H.S.P 1

No comments:

Post a Comment