"Awak mahu jadi pengawas?"Rizman telah dipanggil oleh beberapa orang pengawas senior ketika sesi pemelajaran sedang bermula.Ketika itu waktu Pend. Sivik,oleh itu tiada masalah sangat jika hendak keluar kelas."Kenapa panggil saya,"soal Rizman."Tengok ajelah...."ringkas pengawas itu menjawab.Ketika itu,rakan-rakan pengawasnya tiada dalam kelas.Ke mana?Rizman tak tahu..
Pengawas-pengawas tersebut membawa Rizman ke bilik mesyuarat.Apabila pintu dibuka,kelihatan semua rakan-rakan pengawasnya sedang duduk di suatu sudut.Terdapat juga,cikgu Rina,ketua guru pengawas sedang membelek beberapa helai kertas di dalam sebuah fail.Kelihatan juga beberapa rakan-rakannya yang bukan pengawas duduk berbaris menghadap cikgu Rina dan beberapa pengawas senior termasuk ketua pengawas,Halim.
"Silakan duduk,Rizman,"suruh cikgu Rina."Tujuan saya memanggil awak semua adalah kerana awak berpotensi untuk menjadi pengawas tahun ini.Jadi ini ialah interview awak semua untuk menjadi pengawas.Baiklah.."cikgu Rina menunjukkan jarinya ke arah Ratna,pelajar perempuan paling kanan seraya berkata,"Perkenalkan diri awak,kelas apa,keputusan PMR...".Rizman segera bermonolog,"Ahh...keputusan aku teruk je...mana boleh jadi pengawas,,pasti kena reject..."
"Saya Rizman,pelajar kelas 4 Sains 2.Keputusan PMR 6A2B..."."Ok....sekarang awak semua diberi tugasan untuk bercakap di khalayak...saya beri masa 5 minit untuk bersiap..dan terus kita mulakan,"arah cikgu Rina.
Masak dah aku...mana pernah cakap depan...Isy...Kini giliran Rizman menyempurnakan tugasannya.Dia perlu yakin pada diri.
Assalamualaikum....dan salam sejahtera....berdirinya saya di sini adalah untuk...mm...memberi sepatah kata...untuk majlis akademik...pelajar....pelajar sekalian....seperti sedia maklum...Perucapannya agak baik namun ada bahagiannya dia gugup dan tergagap-gagap.Biasalah pertama kali diberi tugasan di depan orang ramai.
"Baiklah,saya akan berbincang dengan rakan pengawas awak yang lain bagi memilih pengawas baru tingkatan 4 tahun ini.Sekarang kamu semua dibenarkan beredar..",seru cikgu Rina..
***
Dirinya yang baru.Diberi nafas baru.Kini Rizman telah terpilih menjadi pengwas sekolah.Terasa bangga juga diberi penghargaan sedemikian,walhal dia bukannya pelajar pintar.Mengapa dan bagaimana dia dipilih masih misteri namun dia bersyukur juga.
Sekarang tiada masa lagi dia berperangai budak sekolah.Dirinya sudah berjawatan,pakaian pun baru.Tanggungjawab pun sudah ada.Memikul tanggungjawab menjadi mata-mata sekolah amat berat,namun seseorang harus melakukannya,dialah !!
***
"Rizman,awak tahu tak Azura masuk hospital?"tanya Ain.Terkedu dan terkejut Rizman dibuatnya."Ah??Kenapa??"."Tak tahulah,saya dengar dia terjatuh di tangga.Tangannya terpaksa disimen sebab retak,"."Awak dah pergi melawat dia?"."Dah,saya pergi dengan Rini,Nurisa dengan Shifa,alhamdulillah,dia sihat tapi kena duduk dalam wad 2-3 hari..,"
Apa dah jadi??Takkan Azura sengaja jatuh...atau ada orang yang aniaya dia???
Rizman masih tertanya-tanya punca Azura mengalami tragedi sedemikian.Setahu dia,Azura seorang yang cermat dan tak terburu-buru.Takkan dia terjatuh kerana berlari turun di tangga?
Sengaja cari bala??Tak mungkin....ada udang di sebalik batu...
P.H.S.P 3
No comments:
Post a Comment