Saturday, March 19, 2011

Perjalanan Hidup Seorang Pelajar 1

Sesungguhnya pelajaran amat penting dan harus diberi penekanan yang setimpal agar dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama suatu hari nanti.Mereka inilah,golongan belia,yang akan mencorakkan bentuk kemajuan negara pada masa akan datang.

   Dan disebabkan itulah,Rizman seorang pelajar biasa berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar impiannya.Sebenarnya dia pun keliru apa jenis kerjaya yang patut dia tanamkan dalam dirinya.Lihat sahajalah kepada keputusan PMRnya baru-baru ini.Dia cuma mendapat 6 A dan 2B.B nya ialah Sains dan Mathemtics.Khuatir juga hatinya jika impiannya itu sedikit sebanyak tergugat dek keputusannya.

PMR bukan penentu,rajin lagi belajar,Insya-allah pasti boleh..

relakslah..kita baru PMR,SPM ada lagi

jangan putus asa,Allah bersama dengan orang yang tabah

Berikut adalah antara kata-kata perangsang yang diberi semenjak keputusan dikeluarkan.

                                                                                 ***

Tahun 2010 sudah melabuhkan tirainya.Kini,Rizman akan menghadapi satu cabaran getir iaitu dalam pemilihan aliran nanti.Disebabkan dia masih belum mempunyai matlamat yang tetap,jadi dia berdepan dilema.Ada 4 aliran ditawarkan di sekolahnya.2 kelas Sains Tulen,2 kelas Perakaunan,2 kelas IT dan satu kelas Sastera.Dia tahu dia tidak harus terikut-ikut akan rakannya yang banyak menjurus ke bidang IT.Entahlah,dia semacam tidak berminat untuk mendalami bidang IT.Dan dia sememangnya buta bahasa,oleh itu,sastera bukan pilihannya juga.

"Apa yang harus aku pilih.SAINS atau AKAUN ??? Dua-dua pun punya kelebihan tersendiri....Macam mana ni..."fikir Rizman
Rizman meminta pendapat kedua orang tuanya.Namun hasilnya juga amat membingungkan..

"Ambil la bidang Sains,banyak kerja boleh pilih,"kata ibunya.
"Akaun lebih sesuai.Nanti boleh ayah ajar,"kata bapanya pula.Ayahnya seorang pensyarah bahagian Perakaunan.

Sebagai langkah penyelasaian terakhir,Rizman segera bersolat hajat,memohon petunjuk dari Illahi.Selalunya dia bangun di tengah malam untuk bersolat,bermohon agar Allah memberi petunjuk ke arah mana dia harus pergi.

                                                                                ***
Rizman sudah menetapkan.Dia harus ke bidang Sains Tulen.Alhamdulillah,berkat sujudnya kepada-Nya,dia terdetik untuk mendalami bidang Sains.

"Aku tak harus kalah.Walaupun result aku agak teruk dalam Sains,tapi aku yakin,aku boleh bawa subjek Sains Tulen ni,"bisiknya.

Disebabkan oleh keputusannya yang tak memihak untuknya berada di kelas pertama,dia ditempatkan di kelas Sains 2."Tak kisahlah,asalkan boleh belajar",

Sememangnya dia berkenalan dengan rakan baru.Sebenarnya mereka dari kelas lain dan tak selalu mesra dengannya.Rakan-rakannya pula banyak yang masuk IT dan Sastera,jadi dialah antara seorang dalam sejuta.

Di depannya

Ain-seorang gadis genit,pengawas,berkaca mata,bermulut lancang namun baik hati.
Di belakangnya pula..

Shazif-mendapat straight A PMR lepas namun lebih suka berada di kelas kedua,inferoriti kompleks tetapi berkarisma dan handal dalam merancang rutin seharian.

Sebelah Ain..

Rini(Syarini)-gadis bijak,straight A namun mengikut kawan ke kelas kedua,rapat dengan ain dan azura.
Sebelahnya...

Azham-Sahabat baiknya dan Areef 

Kelas lain pula..

Azura-gadis kelas Akaun 1,pengawas,agak rupawan dan pandai berpidato.
Areef -Temannya tahun lepas,baik hati,sudah berpunya.
Nurisa-gadis kelas Sains 1,lebih berkawan dengan rakan kelas Sains 2,bersifat terbuka.
Seniornya,

Akmal Imran-Bersaudara (sepupu) dengan Rizman,suka memotivasikan kepada pelajar
Samseng...

Naqib-kelas Akaun 2,berbadan besar dan suka tunjuk lagak
Mior,Adin dan Shigo- Konco-konco Naqib

Itulah antara mereka-mereka yang akan mewarnai dunia pelajar Rizman selama setahun.

No comments:

Post a Comment